Thursday, 26 February 2015

Bab 6 - Pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Inovasi Guru

i.      Bawa perubahan
  • Penuhi keperluan semasa
  • Selesaikan masalah
  • Kembangkan bakat pelajar
  •  Guna pelbagai bahan
  • Tingkatkan kualiti pendidikan
  • Kecekapan bertambah
  • Jana idea kreatif
  • Tidak membosankan
  •  Jadi tempat rujukan
  • Menarik minat pelajar
  • Perlu bersikap terbuka
  • Sokongan pihak pengurusan  
Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan
Definisi
Inovasi (asal bahasa Latin) – pembaharuan.
Inovasi sebagai pembangunan teknologi baru @ aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu.
Kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan satu masalah dan peluang untuk meningkatkan atau memperkayakan taraf hidup masyarakat.

Harvard’s Theodore Levitt – innovation is doing new things.

Penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.
Penghasilan produk @ kaedah yg baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum. Keadaan di mana individu @ kelompok manusia @ sesebuah organisasi memahami, mengetahui dan mampu aplikasi daya kreativiti.

Inovasi dalam Pendidikan : aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah.
Hasil cetusan idea yang kreatif dalam aspek kerja untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi sekolah.

Pelaksaan kurikulum – usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah PdP serta penilaian pembelajaran.
Pembaharuan – melalui cara, kaedah :
  • Teknik & pendekatan baru yg meningkatkan pembelajaran.
  • Ambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya.
  • Tingkat kecekapan & keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta beri faedah kepada murid. 
Inovasi dalam PdP harus melibatkan:
  • Konsep berfikir secara kreatif
  • Kepintaran kreatif / Tindakan kreatif
  • Faktor & elemen yang merangsang kreativiti / Teknik fikir kreatif
  • Selesai masalah secara kreatif
  • Guru perlu tahu kebolehan, latar belakang, pengalaman dan keluarga mereka – dapat kenal pasti keperluan dan masalah murid.

Bab 5 - Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan



Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan

Definisi Inovasi

1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.
-Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka-

2. Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang
- Ronger E Miller, 1971 -

3. Idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
- Glosari Teknologi Pendidikan-

4. Pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
- Sufean Hussin, 2001-

Dalam meniti arus pemodenan dalam bidang pendidikan, kaedah 'chalk n talk' sudah tidak relevan lagi buat masa kini. ( Mahasan Mahmood, 2003 )

Perubahan dalam Pendidikan

Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya dari segi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Trend pembelajaran hari ini :
1. Berasaskan penemuan dan inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
2. Menekankan kepada mencari, meneroka, menilai, dan menggunakan maklumat

Strategi Pengajaran Pembelajaran yang inovatif merangkumi 4 asas penting iaitu
1. Pembelajaran Berasaskan Projek
2. Pembelajaran Berasaskan Masalah
3. Pembelajaran Elektronik ( e-learning )
4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang ( web)

Bab 4 - Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru

Stres

Maksud :
- Satu penyakit mental
- akibat proses penyesuaian diri
- beri kesan kepada kehidupan
- timbulkan reaksi fizikal dan emosi
- timbulkan konflik dalam diri

Punca Stres :
 

- ketidakupayaan menghadapi situasi
- harapan/permintaan terlalu tinggi
- pelaksanaan pelbagai reformasi
- hubungan antara individu
- beban kerja - kerja perkeranian
- kerenah pelajar
- pengiktirafan profesional
- sumber pengajaran
- perhubungan kurang baik dengan rakan sekerja
-sikap ibu bapa
- sikap pihak pengurusan
- kurang masa rehat

Tahap Stres
 
1. Tahap amaran/ berjaga-jaga :
Mangsa dapat menyelami aktiviti hidup yang dilakukan tapi sukar hendak menumpukan perhatian kepada tingkah lakunya.

2. Tahap penentangan
-Perlu bantuan luar
- Tiada keupayaan dalam menentukan objektif tingkah laku dan kehidupannya.
- kekuatan intrinsik dalaman bagi menghadapi kekangan stress semakin terhakis.

3. Tahap tenat/kelesuan
- tak lagi berpegang pada realiti hidup
- sentiasa dipengaruhi kemurungan, kurang percaya pada org lain & mementingkan diri dalam perkara yang dilakukan.

Tahap stres Bergantung Kepada :
 
1. Jumlah birokrasi
2. Perubahan dalam organisasi
3. Teknologi tinggi
4. Tuntutan pelanggan

Bab 3 - Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid


1)    Pengenalan

-          Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
-          Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.
-          Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.
-          Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.

2)    Tanda-Tanda Awal Gangguan Emosi

Aspek  emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti berikut

-          empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
-          mengungkapkan dan memahami perasaan
-           mengendalikan amarah
-          kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
-          kemampuan untuk menyesuaikan diri
-          disukai oleh orang lain
-          kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
-          semangat setiakawan
-          keramahan
-          sikap hormat-menghormati

Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah seperti berikut

-          Kecemasan dan marah
-          Sukar tunjukkan emosi tertentu
-          Alami kesulitan
-          Konflik

3) Gangguan Emosi Boleh Dikategorikan Kepada 3 Kumpulan Iaitu

-          gangguan emosi ringan
-          gangguan emosi sedarhana
-          gangguan emosi berat

4)    Punca Gangguan Emosi

-          Persekitaran sekolah
-          Gaya pengajaran guru
-          Peristiwa dalam keluarga
-          Pengaruh keluarga
-          Pengaruh rakan sebaya
-          Tindakan guru

Bab 2 - Guru Dan Perundangan



1)     Pendahuluan

-          Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.
-           Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
-          Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada  2002.
-          Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

2)    Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993  (Pindaan 2002)

 
-          Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
-          Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).
-          Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
-          Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

3)    Rasional Peraturan Tatatertib Ini Dilaksanakan Adalah Untuk Memastikan Pegawai Awam

-          melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab
-          meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri
-          menjaga imej perkhidmatan awam
-          yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.

Bab 1 - Gejala Sosial



Gejala Sosial

Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu
:
  • Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.
  • Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit ‘pau’ daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.
  • Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.
Punca Gejala Sosial

  • Globalisasi dan modenisasi
  • Keruntuhan institusi keluarga
  • Media-massa
  • Kelemahan undang-undang
  • Sikap remaja
  • Sikap ibu bapa

Bab 1 - Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)


Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
  • Suasana lebih kondusif
  • Mudah hasilkan bahan
  • Kepelbagaian media
  • Maklumat pelbagai
Terdapat 3 Asas Penting Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Iaitu

  • teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
  • memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
  • proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
Perubahan Teknologi Maklumat
  • Kuasa penggerak
  • Pelaksanaan
  • Pemudahan bertindak
  • Kaedah perubahan
  • Permulaan perubahan

Bab 1 - Kepelbagaian Budaya



Kepelbagaian Budaya
  • Perlu keadilan
  • Peluang pendidikan kepada semua
  • Pupuk melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  • Program sekolah berkembar
Kepelbagaian Sosio Budaya Pelajar Haruslah Ditangani Dengan Bijak.  
Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan misi tersebut.
  • Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.
  • Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
  • Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
  • Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
  • Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
  • Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.
  • Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
  • Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.
  • Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.

Bab 1 - Globalisasi Dalam Pendidikan



Cabaran Globalisasi Dalam Pendidikan Adalah Dari Segi Yang Berikut
  • Keperluan terhadap pembelajaran berterusan.
  • Inovasi dalam pelaksanaan kurikulum
  • Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat.
  • Pengurusan pendidikan.
  • Pembentukan jati diri pelajar.
  • Kualiti guru. 
Perlu Kepada Perubahan Kurikulum
Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah  seperti yang berikut :
  • Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
  • Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar.
  • Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
  • Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

Wednesday, 25 February 2015

Bab 1 - Tonggak Pendidikan UNESCO

 
Tonggak Pendidikan Unesco Adalah Berdasarkan Kepada
  • pelajar belajar untuk tahu 
  • belajar untuk membuat
  • belajar untuk menjadi apa
  • belajar untuk hidup bersama

Monday, 23 February 2015

Bab 1 - Pendemokrasian Pendidikan


Pendemokrasian Pendidikan

  • Semua dapat hak yang sama 
  • Sekolah dapat kemudahan yang sama
  • Sekolah Wawasan,kongsi kemudahan
  • Sekolah satu aliran
  • Amalan kehidupan
  • Peluang pendidikan yang sama
  • Persamaan hak
  • Peluang yang luas
  • Pembangunan sumber manusia
Tumpuan Dalam Pendemokrasian Pendidikan
  • Basmi buta huruf 
  • Pendidikan universal
  • Penyediaan infrastruktur
  • Guru terlatih yang mencukupi
  • Pra sekolah untuk semua

Bab 1 – Integrasi Nasional


Integrasi Nasional

Akibat Keretakan Integrasi Nasional
  • Perbezaan budaya dan agama
  • Ketidakpuasan hati
  • Kedudukan Geografi
Cabaran Mewujudkan Satu Sistem Sosial
  • Agama dan kebudayaan 
  • Dasar Penjajah British
  • Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan
  • Amalan ekonomi yang berlainan 
  • Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik

Bab 1 – Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa : Pengenalan


Pengenalan

Negara Malaysia semakin dikenali di seluruh dunia dan merupakan antara negara yang pesat membangun dari segenap segi sama ada dari segi ekonomi, pelancongan, perusahaan dan pendidikan.

Usaha membangunakan negara ini tidaklah mudah dan merupakan suatu perkara yang mencabar di mana negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya. Kesatuan dan perpaduan yang dibentuk perlu terus dikekalkan dengan memastikan penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian yang ada dan memastikan kesaksamaan untuk semua rakyat khususnya dalam bidang pendidikan.

Ini kerana, pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang  sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. Ia memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara. Ia juga mestilah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.

Isu-Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam pendidikan semasa khususnya di negara kita. Antaranya adalah :
  1. Integrasi Nasional
  2. Pendemokrasian Pendidikan
  3. Tonggak dalam UNESCO
  4. Globalisasi dalam Pendidikan
  5. Kepelbagaian budaya
  6. Pengaruh Perkembangan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK)
  7. Gejala sosial 
Rujukan Tambahan :