Thursday, 26 February 2015

Bab 3 - Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid


1)    Pengenalan

-          Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
-          Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.
-          Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.
-          Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.

2)    Tanda-Tanda Awal Gangguan Emosi

Aspek  emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti berikut

-          empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
-          mengungkapkan dan memahami perasaan
-           mengendalikan amarah
-          kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
-          kemampuan untuk menyesuaikan diri
-          disukai oleh orang lain
-          kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
-          semangat setiakawan
-          keramahan
-          sikap hormat-menghormati

Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah seperti berikut

-          Kecemasan dan marah
-          Sukar tunjukkan emosi tertentu
-          Alami kesulitan
-          Konflik

3) Gangguan Emosi Boleh Dikategorikan Kepada 3 Kumpulan Iaitu

-          gangguan emosi ringan
-          gangguan emosi sedarhana
-          gangguan emosi berat

4)    Punca Gangguan Emosi

-          Persekitaran sekolah
-          Gaya pengajaran guru
-          Peristiwa dalam keluarga
-          Pengaruh keluarga
-          Pengaruh rakan sebaya
-          Tindakan guru


       
5)    Tanda-Tanda Masalah Emosi Dan Sosial Dalam Kalangan Pelajar Adalah Seperti Yang Berikut

-          tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasaba
-          selalu mengantuk  atau tertidur di dalam kelas
-          sentiasa kelihatan letih
-          kerap sakit perut
-          mudah diserang penyakit
-          duduk dalam keadaan yang tidak selesa
-          pencapaian akademik yang semakin merosot
-          sering berasa cemas, takut dan benci

6)    Langkah-Langkah Menangani Gangguan Emosi

-          Peranan ibu bapa
-          Tindakan guru
-          Gaya pengajaran
-          Kepimpinan guru
-          Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
-          Kerjasama
-          Penerapan nilai
-          Suasana ceria
-          Penerangan jelas

7)    Hak Asasi Kanak-Kanak

-          Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan
-          semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.
-          kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
-          orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.
-          tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.

8)    Antara Hak Setiap Kanak-Kanak Adalah Seperti Yang Berikut

-          untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan
-          untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi
-          untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai
-          untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat
-          untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri
-          untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah
-          untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya
-          untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan
-          untuk berupaya mengekspresi pandangan  sendiri.

9)    Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak

-          Perkara 2: tiada diskriminasi
-          Perkara 3: diberi pelindungan
-          Perkara 6: hak untuk hidup
-          Perkara 13: kebebasan bersuara
-          Perkara 19: diberi peruntukan undang-undang
-          Perkara 23: menikmati kehidupan
-          Perkara 28:Hak pendidikan
-          Perkara 29: halatuju pendidikan
-          Perkara 30: hak dalam komuniti
-          Perkara 32: dilindungi dari segi ekonomi
-          Perkara 34: tiada eksploitasi

10) Hak kanak-kanak:Seksyen 17

-          Dilindungi dari segi fizikal
-          Tiada penganiayaan
-          Pergaulan yang sihat
-          Hak kesihatan
-          Kemudahan bekalan makanan
-          Elak penderaan emosi




Rujukan Tambahan :

No comments:

Post a Comment