Monday, 23 February 2015

Bab 1 – Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa : Pengenalan


Pengenalan

Negara Malaysia semakin dikenali di seluruh dunia dan merupakan antara negara yang pesat membangun dari segenap segi sama ada dari segi ekonomi, pelancongan, perusahaan dan pendidikan.

Usaha membangunakan negara ini tidaklah mudah dan merupakan suatu perkara yang mencabar di mana negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya. Kesatuan dan perpaduan yang dibentuk perlu terus dikekalkan dengan memastikan penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian yang ada dan memastikan kesaksamaan untuk semua rakyat khususnya dalam bidang pendidikan.

Ini kerana, pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang  sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. Ia memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara. Ia juga mestilah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.

Isu-Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa

Terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam pendidikan semasa khususnya di negara kita. Antaranya adalah :
  1. Integrasi Nasional
  2. Pendemokrasian Pendidikan
  3. Tonggak dalam UNESCO
  4. Globalisasi dalam Pendidikan
  5. Kepelbagaian budaya
  6. Pengaruh Perkembangan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK)
  7. Gejala sosial 
Rujukan Tambahan :

No comments:

Post a Comment